Thursday 19 July 2018

Breakfast Like A King, Lunch Like A Prince, Dinner Like A Beggar?




Tips Mengurangkan Berat Badan Secara Sihat

Kadangkala berat badan buatkan diri kita hilang keyakinan diri.

Bila berhadapan dengan orang ramai tak ada rasa confident. Kalau boleh tak nak berhadapan dengan orang lain nanti orang tegur kita gemuk. Betul ke? - tak semua orang kot kan???

Saya selalu tertanya-tanya benarkah ada orang dapat turun berat badan 10kg seminggu. Selalu ternampak post lalu lalang kat FB dan Instagram.  Tapi tak pasti kesahsihannya sama ada testimoni mereka macam mana? memang betul-betul kurus turun berat secara sihat atau pun hanya otot sahaja yang drop? Tak makan, so berat turun. Esok makan, esok jugak berat naik. So seminggu tu la mereka berlapar makan sikit-sikit untuk isi perut dan terpaksa ikat perut demi nak turunkan angka di penimbang, sampai ada yang pitam sebab tak makan, ada yang minum minuman yang boleh buat anda "cerry berry" ke tandas. Normalkah itu?

Meh nak share sikit cara turun berat secara sihat.

1) Elakkan Makan Malam

Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ni.  Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan amsa 4 jam untuk mencernakan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!  ada yang bertanya kepada saya. "kalau mcm tu, saya makan malam kul 9.. so saya tidur kul 1 lah. Untuk jarakkan 4 jam tu.. " salah ye pemahaman anda kerana, proses turun berat badan ini, melibatkan waktu rehat dan tidur yang cukup dan sempurna.

Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan.  Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik 'mengorbankan'  diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan makanan ringan yang langsung tidak seimbang. Sebaik-baik snek pada waktu malam adalah buah.


2)  Jauhkan diri dari Gajet.

Menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. (sebab tu mak-mak kita dulu tak bagi makan sambil tengok tv dan sebab itu la meja makan berada di dapur, :) P
Selain tu, makan sambil berwhatsapp, memandu atau lain-lain aktiviti juga  akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa.
Jadinya, sebaik-baik ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.

3) Timbang Berat Setiap Hari.

Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda. Timbang berat setiap hari akan membuatkan anda kecewa dan stress bila berat tidak turun.  Berat tidak turun setiap hari atau setiap minit.  Sebaik-baik timbang 1 kali seminggu. Timbang pada waktu pagi sebelum makan atau minum.  Jika berat turun pulak..mulalah rase over confident. terus hentam makan macam bela saka hehe.

4) Senaman Regangan 3 Kali Seminggu

Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme sesorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari. Boleh search di Youtube kaedah yang betul ye.

5) Sibukkan Diri Sendiri

Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu. Setiap kali terasa 'nak mengunyah', pastikan anda sebukkan diri sendiri atau minum air masak. Kebiasaanya keinginan 'nak mengunyah' ini hanya 5 minit sahaja. Selepas itu, keinginan itu akan hilang.

6) Makan Sarapan Dalam Kuantiti yang Banyak

Pernah dengan ungkapan Inggeris "Breakfast Like A King, Lunch Like A Prince, Dinner Like A Beggar?  Percayalah, sarapan pagi adalah tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.

*Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh Karbohidrat dan Protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang.

7) Elakkan Minuman Keras.

Tips ini tiada kaitan dengan orang islam. Abaikan sahaja. Bagi non muslim yang minum minuman keras, tidak salah mengambil segelas minuman, namun harus diingatkan minuman keras boleh menambah beratus-ratus kalori dan boleh menghilangkan selera makan anda. Manjakan diri anda pada hujung minggu sahaja namun memadai hanya dengan segelas wain, beer yang ringan atau segela soda. Ingat, setiap minuman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 100 kalori.

8)  Makan Buah Setiap Hari.

Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup efektif.  Buah-buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. jadi ia akan membatu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut anda kerana buah-buahan baik untuk proses pelawasan. Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang menpunyai karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.