Tuesday 27 December 2016

Apakah Azam Tahun Baru Tahun 2016 Telah Laksana Atau Forward Ke Tahun 2017?

Azam 2016 katanya nak kurus.. Berjaya atau Tidak? 





Atau forward ke Tahun 2017?

Untuk yang telah berjaya mencapai Misi Turun Berat.. Tahniah diucapkan. Semoga terus Istiqomah menjaga apa yang anda makan. Consistant itu lebih susah dari proses mulanya turun berat.  

Untuk mereka yang niatnya masih tertangguh.. Sudahkah anda double check kenapa niat anda tergendala?

Ok.. Jom Triple check..

Dari mana sepatutnya anda mula adalah pada awal Sarapan Pagi.  Sarapan pagi sangat penting.  Ramai yang ambil langkah mudah untuk tidak ambil sarapan pagi (kononnya nak jimat kalori)  

Jika anda tidak ambil sarapan pagi, perut anda akan berasa terlalu lapar untuk menunggu waktu makan tengahari dimana mungkin anda ada mencuri ambil snack untuk sampai waktu makan tengahari.  Kemudian, anda akan ambil dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari. Ini adalah salah.  Saya tekankan bahawa cara ini adalah salah disisi hukum DIET.  Tidak makan tengahari langsung juga adalah salah kerana anda akan kehilangan otot bukan lemak.  Kemudian bila anda makan, berat akan naik mendadak atau lebih dari berat asal. Ini dinamakan DIET YOYO.

Sarapan pagi adalah penting untuk permulaan Diet yang sihat. Pastikan sarapan anda adalah sarapan yang sihat dan mengenyangkan supaya anda tidak mengambil snack menjelang waktu makan tengahari.

Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, saya mencadangkan anda untuk mengambil sarapan pagi dimulakan dengan : -

1) Herbal AloeTeamix Shake Formula 1 + Formula 3 

Kenapa perlu Herbal Aloe, Teamix dan juga Shake ? 

Link di bawah akan membawa anda ke maksud tersebut.


http://dunianutrisiasiah.blogspot.my/2014/12/herbal-aloe-concentrate.html

http://dunianutrisiasiah.blogspot.my/2014/12/kebaikan-formula-1-dan-formula-3.html

http://dunianutrisiasiah.blogspot.my/2014/12/kebaikan-teamix-lemon-hibiscus-peach.html



Coach Pengurusan Berat Badan

Ahli Bebas Herbalife Malaysia

Asiah ~ 017-2077 334


saya nak kurus, saya nak cantik, saya nak gojes, saya nak gemok, saya nak naikkan berat badan, saya nak turunkan berat badan, saya tak nak lapar, saya suka makan, saya tak suka gemuk, saya tak suka kurus, saya nak tinggi langsing, saya nak cantik macam artis, saya nak sihat, saya nk diet 



Monday 26 December 2016

Tip Elak Lapar Waktu Malam

Tip Elak Lapar Waktu Malam 



#1   Alas Perut dengan Makan Buah Atau Sup Sayur


#2   Elakkan dari Makan Mee Segere


#3   Banyakkan Minum Air Kosong


#4    Tambahkan Kulit Kayu Manis Dalam Masakan. Ia Akan Membuatkan Anda Kenyang
         Lebih Lama


#5   Kurangkan Pengambilan Gula/ Garam


#6   Ambil Banyak Serat Ketika Bersarapan, Makan Tengahari, Makan Malam Kerana Ia
        Juga Boleh Melambatkan Rasa Lapar


#7   Jangan Biasakan Gaya Hidup Anda Untuk Makan Tengah Malam


#8   Elak Menyimpan Stok Makanan Seperti Junk Food, Makanan Berproses, Sosej, Sup
        Segera dan Sebagainya





Coach Pengurusan Berat Badan

Ahli Bebas Herbalife Malaysia

Asiah ~ 017-2077 334


saya nak kurus, saya nak cantik, saya nak gojes, saya nak gemok, saya nak naikkan berat badan, saya nak turunkan berat badan, saya tak nak lapar, saya suka makan, saya tak suka gemuk, saya tak suka kurus, saya nak tinggi langsing, saya nak cantik macam artis, saya nak sihat, saya nk diet 


Friday 23 December 2016

Adakah Kita Sihat?



Berikut adalah mengenai beberapa ujian lazim bagi semua peringkat usia yang dilakukan ketika saringan kesihatan dilakukan :



1) TEKANAN DARAH


➤ Tekanan darah tinggi (hipertensi) memaksa jantung mengepam darah lebih kuat dan lama kelamaan  menjejaskan pembuluh darah diseluruh tubuh.  Biarpun tubuh manusia boleh menerima kenaikan tekanan darah selama berbulan-bulan malah bertahun, tetapi lama kelamaan ia boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak dan mata.

➤ Bacaan tekanan darah kita diukur oleh tekanan sistolik (bacaan atas) dan diastolik (bacaan bawah).

➤ Sebagai contoh, bacaan 120/80 adalah normal tetapi 140/90 dan lebih tinggi daripada itu menunjukkan mungkin kita menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Sebaik-baiknya setiap individu perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

➤ Bagi mereka yang disahkan menghidap kencing manis, penyakit jantung, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan lain perlu kerap dipantau menerusi pemeriksaan kesihatan.



SARINGAN DIABETES

➥ Diabetes atau kencing manis bukan asing di kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit ini terjadi apabila tahap glukos (gula) terlalu tinggi. Glukos diperoleh daripada makanan yang diambil yang akhirnya menghasilkan hormon insulin.

➥ Insulin memberikan tenaga kepada sel dalam tubuh. Pesakit diabetes jenis 1 tidak mampu menghasilkan insulin manakala pesakit diabetes jenis 2, sama ada tidak dapat menghasilkan atau memanfaatkan insulin sepenuhnya.  Dalam kebanyakan kes, apabila tubuh tidak menghasilkan insulin,  glukos kekal dalam darah dan ini boleh menyebabkan kerosakan serius kepada organ utama saraf.

➥ Ujian glukos dalam darah dilakukan untuk memastikan diabetes di mana individu perlu berpuasa selama minimum lapan jam. Glukos dalam darah normal orang yang berpuasa ialah antara 4.4 dan 6.1mmol (mereka yang tidak menghidap diabetes).

➥ Piawaian pemeriksaan atau diagnosis dilakukan apabila dua ujian darah berbeza, ujian toleransi glukos menunjukkan bacaan bersamaan dengan 7.8 mmol/L.



TAHAP KOLESTROL

➧ Kolestrol adalah bahan yang lekit seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah dan setiap sel dalam tubuh manusia.

➧ Pembentukan berganda kolestrol dan lemak lain dikenali sebagai lipid. Tubuh manusia hanya memerlukan sejumlah kecil kolestrol bagi menjalankan fungsi tubuh.

➧ Lebihan kolestrol dalam saluran darah akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan sekatan juga dikenali sebagai plak. Plak meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit jantung.  Lazimnya, tiada gejala jelas yang menunjukkan kemungkinan kolesterol tinggi dalam darah kecuali menerusi ujian darah. Kolestrol tinggi juga boleh berlaku akibat genetik, obesiti, dan diet yang tidak sihat.

➧ Paras kolestrol diukur dalam mmol/L. Kolestrol tinggi boleh didiagnosa dengan ujian darah mudah, atau juga dikenali sebagai profil lipid. Ia biasanya dijalankan selepas individu berpuasa selama 10 hingga 12 jam bagi mengasingkan kemungkinan pengaruh lemak yang baru saja di makan. Keputusan ujian biasanya dinyatakan mengikut jenis berikut : - 


 ~LDL (Kolestrol Jahat)
Kolestrol jahat yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Paras optimal harus berasa di bawah 2.6 mmol/L

~HDL (Kolestrol Baik)
Kolestrol baik yang membantu memanfaatkan kolestrol  dalam tubuh. Paras yang baik seharusnya lebih dari 1.6 mmol/L

~Trigliserida 
Lemak yang lazim ditemui dalam darah dan lebihannya boleh menyebabkan penyakit arteri koronari. Paras sederhana biasanya di bawah 1.7 mmol/L

~Jumlah Kolestrol 
Kompilasi semua bentuk komponen lipid dalam darah. Paras yang disarankan seharusnya berada di bawah 5.2 mmol/L



FUNGSI PARU-PARU

⏩ Ujian fungsi paru-paru juga dikenali sebagai ujian fungsi pulmonari. Ujian yang standart menentukan keupayaan fungsi paru-paru seperti berapa banyak udara boleh disedut. Ia kemudian direkodkan dan dibandingkan dengan yang lain di dalam kumpulan yang sama, ketinggian dan jantina.

⏩Ujian ini membolehkan pengamal perubatan menentukan kapasiti paru-paru untuk menyalurkan oksigen kepada sistem darah begitu juga kekuatan otot pernafasan. Ujian fungsi paru-paru juga merangkumi pelbagai ujian pernafasan dan ujian bagi mengukur paras oksigen dalam darah. Ujian pernafasan yang biasa digunakan termasuk :

⏩ Spirometri - mengukur jumlah udara  yang disedut dan dihembus serta berapa pantas udara dihembuskan.

⏩Pletimosgrafi tubuh - mengukur jumlah udara yang hadir dalam paru-paru ketika menyedut dan jumlah yang kekal selepas menghembus.

⏩ Kapasiti difusi paru-paru - mengukur keberkesanan oksigen dipindahkan dari paru-paru ke saluran darah.

⏩ Ujian latihan tekanan - mengukur kebolehan paru-paru dan fungsi jantung ketika berada di bawah tekanan.  Lazimnya ia diukur ketika pesakit menggunakan mesin treadmill atau basikal.


UJIAN EKG

⧭ Elektrokardiogram (EKG) bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. EKG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iatu  saluran darah yang membawa darah ke jantung). Ujian EKG standard memerlukan cakera logam electrod yang diletakkan di sekitar lengan, kaki dan dada.

⧭ Naik turun bacaan EKG dibahagikan kepda beberapa seksyen yang menunjukkan bagaimana jantung berfungsi.  Degupan jantung yang biasa adalah di antara 60 hingga 100 degupan degupan seminit. Bacaan yang kurang daripada 60 degupan seminit menunjukkan degupan jantung yang perlahan dan lebihan 100 degupan jantung semint dianggap sebagai tidak normal.

⧭ Keputusan EKG mestilah diterjemah oleh pengamal perubatan terlatih kerana keputusan sering memerlukan interprestasi berdasarkan gejala lalu, rekod kesihatan, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian lain.


PASCA SARINGAN

⇛ Biarpun keputusan ujian normal, seseorang itu tidak seharusnya berhenti mengambil langkah berjaga-jaga. Saringan kesihatan yang kerap perlu dijalankan, bagi megnesan keadaan kesihatan yang mungkin terjejas selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan. Tidak kurang penting untuk anda terus mengekalkan gaya hidup sihat sementara dalam masa sama menjalani pemeriksaan kesihatan rutin pada masa yang sesuai.

⇛ Sebaliknya, jika keputusan  menunjukkan kemungkinan komplikasi, pesakit dinasihatkan membuat rawatan susulan dengan pengamal kesihatan dengan segera.  Menangguhkan rundingan tidak digalakkan kerana rawatan awal dan pengurusan penyakit diperingkat awal yang baik menghasilkan keputusan yang baik sekaligus mencegah komplikasi serius.


Coach Pengurusan Berat Badan

Ahli Bebas Herbalife Malaysia

Asiah ~ 017-2077 334


saya nak kurus, saya nak cantik, saya nak gojes, saya nak gemok, saya nak naikkan berat badan, saya nak turunkan berat badan, saya tak nak lapar, saya suka makan, saya tak suka gemuk, saya tak suka kurus, saya nak tinggi langsing, saya nak cantik macam artis, saya nak sihat, saya nk diet