Monday 22 February 2016

TIPS MUDAH KAWAL NAFSU MAKAN

Push Yourself Beyond Your Limit!








1) KARBO KOMPLEKS

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda. Apa yang anda perlu tahu berkenaan kerbohidrat kompleks?



i) ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks ini kepada gula,


ii) tetapi makan kompleks seperti roti gandum penuh mengandungi kalori lebih tinggi berbanding roti putih. Jadi elak dari mengambilnya dengan berlebihan.





2) AIR... SEPANJANG HARI



Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan bertambah.



3) JANGAN BAWA BALIK



Jika anda gemari coklat atau makanan  manis, cuba jangan bawanya pulang ke rumah. Anda mungkin akan tertewas dengan keinginan anda.



4) BUAH MEMBANTU



Berbanding gula biasa, gula buah-buahan diproses secara berbeza. Serat buah juga memperlahankan penyerapan gula ini.



5) KENALI PERANAN INSULIN



Elakkan gula diproses seperti gula-gula, bertih jagung dan banyak lagi kerana ia akan tingkatkan kadar kandungan gula darah (termasuklah  insulin). Ini akan tingkatkan keinginan dan selera. Ini kerana gula-insulin saling berhubung - membolehkan terus makan manis-manis keropok, etc tanpa berasa kenyang.



6) KEAJAIBAN MELALUI SENAMAN



Senaman hasilkan endorphin yang secara semuljadi kurangkan selera makan. senaman juga mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan memulakan senaman.



7) NAFSU MAKAN KETIKA MENONTON TELEVISYEN



Jika anda gemar mengunyah dan makan ketika menonton TV pada lewat malam, sediakan snek yang sihat di rumah. Secara peribada saya memilih "Chocolate Peanut Protein Bar Herbalife". Bukan sahaja sedap tetapi rendah kalori.



8) KATAKAN TIDAK



Antara cara yang terbaik mengawal nafsu atau keinginan ialah diri sendiri anda perlu kuat, komited, dan berani mengatakan tidak. Minda mengawal tubuh badan anda. Kawal minda anda sebaiknya.



9) APA YANG MENCETUSKAN NAFSU MAKAN



Keinginan biasanya timbul akibat keadaan tertentu. Nafsu coklat berbeza dengan nafsu gula. Badan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan isyarat pada kita tentang apa yang diperlukan :

       i) Air (malam) adalah disebabkan kekurangan garam

      ii) Ais Krim adalah disebabkan kekurangan kalsium
     iii) Coklat? disebabkan kurang rasa cinta/ hormon tidak stabil



10) SEDIAKAN KEPERLUAN KECEMASAN



Jika anda bercadang untuk ke tempat yang asing bagi anda, sediakanlah keperluan atau makanan yang tinggi nilai nutrisinya seperti 'Chocolate Peanut Protein Bar"  atau buah-buahan. Makan ketika berasa lapar. dan tunggu kira-kira 30 minit sebelum bertindak memenuhi keinginan anda. langkah ini sedikit sebanyak mampu mengawal nafsu makan anda. Pastinya ia memang berkesan!



11) CATAT MAKANAN ANDA



Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui catatan pemakanan harian. Bukan soal kesempurnaan diet tetapi anda boleh kenal pasti kelemahan pemakanan anda. Yang penting amalkan kesederhanaan dalam memilih makanan.



12) PERATURAN 20 MINIT


Perlu diingatkan bahawa anda memerlukan kira-kira 20 minit bermula dari suapan pertama untuk kenyang. Jika anda terpaksa akur dengan nafsu anda, makanlah dengan perlahan dan seimbang.



13) JANGAN MULAKAN DENGAN PENCUCUI MULUT ( AISKRIM, BROWNIES ATAU KEK) 



Mudah saja. Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan. Mengapa? kerana gula dari pencuci mulut ini akan meningkat selera anda untuk menikmati lebih banyak makanan.



14) SUPLEMENT BOLEH BANTU


Terdapat pelbagai makanan tambahan yang boleh bantu mengurangkan nafsu makan, antaranya



i) Asid Amino : Tyrosine, Phenylalanie, GABA, Tryptophan & glutamine bantu dalam membekalkan pengeluaran bahan kimia pada otak yang boleh memodulasi emosi dan nafsu,

ii) B-Komples : Penting dalam pembentukan cecair kimia pada tak dan selalunya kurang di dalam diet kita,

iii) Mineral : Kromium, magnesium, & kalsium, bantu kawal nafsu makan,

iv) Gula darah : Kromium dan vanadium membantu menstabilkan gula dalam darah,

v) Multi-Vitamin : Boleh membantu anda tidak terlalu lapar. Kebanyakannya mengandungi vitamin B dan mineral



15) KURANG KASIH SAYANG



Berapa banyak karektor dalam filem yang mengaitkan aiskrim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? terlalu banyak kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cinta dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda  :P 


16) ANDA TERTEKAN


Tekanan merupakan faktor penting yang mendorong keinginan atau nafsu terhadap makanan. Tapi daripada melepaskan tekanan terhadap aiskrim atau coklat, cuba cari hobi yang positif. Bagi saya sukan adalah alternatif terbaik untuk melawan stress! 



17) HELAH "MEMBUANG BEG"


Kita semua pastinya ada melakukan kesalahan seperti makan donat, goreng pisang atau kerepek. Tapi jangan terus menyimpan lebihannya dalam simpanan anda, Makan sedikit dan terus buang lebihan yang tidak diperlukan. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu mamakan dalam kadar yang banyak.



18) SEGARKAN MULUT DENGAN PUDINA



Apabila nafas anda segar dengan pudina, secara tidak langsung akan mengurangkan keinginan anda. Bagaimana? kerana anda pasti tidak suka menikmati manisan ketika mulut terasa kesegaran pudina



19) ADAKAH ANDA BOSAN?



Kebosanan boleh membawa kepada keinginan yang tidak menentu. Aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Bukan makan.



20) Eh! BAGAIMANA PULA DENGAN SERAT?


20-25g serat sehari boleh membantu selera anda terkawal. Macammane?  serat memperlahankan penghadaman tanpa menaikkan kadar gula dalam darah secara keterlaluan.



21) ANDA CUKUP TIDUR?



Kajian baru menunjukkan bahawa masa tidur yang tidak mencukupi ini boleh meningkatkan keinginan terhadapa gula. kini anda ada lebih sebab untuk mendpatkan tidur selam 8 jam setiap hari.





22) TEH/ KOPI BANTUTKAN NAFSU



Walaupun pengambilan kafein perlu dikawal, ini tidak bererti ia tidak baik. Teh dan kopi mampu mengawal selera  anda. Kafein bertindak secara semuljadi untuk mengurangkan selera.



23) MENGUNYAHLAH..



Seperti seorang perokok yang mahu berhenti merokok mahukan ada sesuatu dimulut. Cuba anda kunyah 'Chewing Gum' yang bebas gula. Mengunyah boleh membantu anda untuk mengalihkan fikiran anda dari berfikir mengenai makanan. Tanpa anda sedari, pergerakan dimulut ini boleh melibatkan sedikit pembakaran kalori juga.



24) JANGAN BIAR ANDA LAPAR



Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap  3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang. Makanan yang sihat atau snek yang sihat seperti buah.



25) KELUAR!


Nafsu makan biasaya muncul bila anda tidak melakukan apa-apa aktiviti dirumah (tonton tv). Jangan jadi mangsa di rumah. Keluar!



26) KURANGKAN GARAM


Mengurangkan pengambilan garam dapat menurunkan keinginan anda terhadap gula. Disamping itu pengurangan garam dalam diet seharian anda juga mampu untuk mengurangkan takungan air berlebihan dalam badan, Kurang garam juga baik untuk mengawal tekanan darah.

      Panduan :  Seorang dewasa memerlukan 2300mg sodium garam sehari. 
Ini                                     bererti hanya satu sudu kecil garam sahaja




27) KOSONGKAN PETI SEJUK ANDA



Akui kewujudan nafsu makan anda di rumah. Buang makanan ringan yang ada kerana anda pasti tidak dapat menolak panggilan nafsu dari dapur itu.



28 ) MAKAN SEDIKIT KACANG



Kacang baik untuk membantu mengurangkan rasa lapar tetapi perlu diingatkan bahawa ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membuat anda kenyang. Langkah terbaik ialah makan kacang bila anda tidak terlalu lapar dan jika tidak anda mungkin akan terlebih dari yang sepatutnya.



29) OH PEDASNYA..



Pengambilan makanan pedas juga boleh kurangkan nafsu makan, selain itu ia juga boleh meningkatkan metabolisma badan anda, terkecuali bagi mereka yang tidak boleh makan makanan pedas yang boleh memudaratkan



30) JANGAN SKIP SARAPAN PAGI


Sarapan pagi itu memang penting. Dengan meninggalkan sarapan, gula dalam darah anda akan menurun dan boleh menyebabkan kelesuan dan nafsu untuk makan secra berlebihan. 





Coach Pengurusan Berat Badan

Ahli Bebas Herbalife Malaysia

Asiah ~ 017-2077334

saya nak kurus, saya nak cantik, saya nak gojes, saya nak gemok, saya nak naikkan berat badan, saya nak turunkan berat badan, saya tak nak lapar, saya suka makan, saya tak suka gemuk, saya tak suka kurus, saya nak tinggi langsing, saya nak cantik macam artis, saya nak sihat, saya nk diet